:: Kedai Kopi Taraf 5 Bintang ::

mari masuk ...buat macam rumah sendiri ...oder je nok kopi tarik..teh tarik...gerenti siap

Friday, June 02, 2006

Tanah Runtuk Di Ulu Kelang :: siapa bersalah?

pada 28/05/06...aku berkesempatan mengikuti rombongan pengantin ke Temerloh, Pahang..sepanjang perjalanan memang menyeronok...kalu dulu perjalanan memakan masa berbulan-2 meredah sungai dan hutan untuk ke pahang.tapi hari ni perjalanan memakan masa beberapa jam sahaja....hal ini kerana adanya jalan raya, lebuh raya...yang cantik dan tersedia pula dengan R&R...semakin hari semakin lebar jalan...

Namun begitu..keluasaan hutan dinegara kita tidak semakin bertambah..ini yang mengecewakan...negara kita gagal memberi pembangunan yang mampan kepada alam sekitar...sepatutnya setiap pokok balak yng ditebang hendaklah ditanam semula mewakili berapa bilangan yang ditebang..ini yg sepatutnya berlaku
tapi hari ini, pemaju tamakkan duit ...tidak ambil peduli soal alam sekitar.."Ape nak jadi-jadilah..asalkan aku dpt duit", itulah sifat mereka yg seakan -2 x takut lagi pada undang-2

apa yang perlu ditakutkan setakat denda RM500 000 atau penjara 10 thn atau kedua-2nya sekali...jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperoleh...misalkan setiap lot rumah dijual dgn kadar RM 100 000 seunit...tolak kos pembinaa tinggallah secara kasar RM 20 000, didarab pula dengan 100 unit rumah , dan keuntugannya RM 2 000 000. dan denda hanyalah RM 500 000..sangat mudah untuk dibayar.....kerajaan perlu memintas pemikiran mereka dari hadapan bukannya berpegang pada undang-2 zaman jepun lagi....
berbalik kepada penjara 10 thn..adakah ianya memadai? tragedi higland tower seramai 48 org mati...banglo bekas panglima ATM 6 org mati...tanah runtuh terbaru ni kalu x silap 4 orang mati....adakah memadai dengan 10 thn meringkuk di penjara....kerajaan perlu ingat...penjara sekrang, banduan juga ada hak dan dilindungi...x diseksa macam zaman jepun...pakai diberi..makan diberi....malah suasana tembok besi sekarang jauh berbeza dengan zaman penjajah. sekali lagi persoalan..adakah memadai?..sepatutnya..isu yang membabitkan nyawa org ramai ni perlu diambil perhatian yang serius. Mahkamah x perlu bertolak ansur lagi..cukup bukti..cukup saksi..HUKUMAN jalan...10 thn lanjutkan ke 30...ataupun seumur hidup...dan tutup terus syarikat pemaju tu..

Dalam media massa hari ni....semua pihak saling tuding jari...majlis perbandaran ampang jaya tuduh pemaju...kementerian alam sekitar tuduh kerajaan selangor..kerajaan selangor tuduh pemaju dan perunding...x ada mana pihak yang berani tampil angkat tangan mengaku bersalah...inilah sikap masyarakat kita.."lempar batu sembunyi tangan"...kalau kita betul-betul anak jantan tunjukkan kan keberanian kita...

berbalik pada perjalanan aku ke pahang.., aku sempat juga melalui satu lebuhraya yang menghubungkan temerloh dengan kuatan...kalu dibilang...berpuluh-2 bukit ditarah untuk bina lebuh raya tu.....adakah x membazir...dunia hari ini semakin maju...kerajaan malaysia bina jalan raya untuk menghdapi pembangunan pada masa depan...sedangkan negara-2 lain x mementingkan aspek jalan raya...mereka pentingkan sistem transit aliran ringan misalnya...negera-2 ini sebenarnya telah berfikir jauh bukan sekadar untuk jangka masa 10-20 thn tapi 50> lagi...mengapa saya berpendirian demikian..

bayangkan 50 tahun akan datang negara kita dan dunia akan mengalami revolusi...kereta x lagi digunakan sebaliknya semua rakyat menggunakan pesawat ....itulah yang mungkin akan berlaku...jadi apa gunanya lebuh raya kita....jauh menghubungkan timur dan barat..jauh menghubungkan utara selatan...sedang kan dengan pesawat 30 minit sudah sampai di destinasi...

Mungkin ada yang menyoal..jika semua rakyat guna pesawat pencemaran udara akan terus berlaku...jangan terlalu kolot pemikiran sekarang ini kita telah menemui minyat kepala sawit sbg biodiesel...dan ianya mesra alam...

tuntasya,kerajaan tidak boleh membuat keputusan keseorangan dalam isu yang melibatkan alam sekitar ini..sebaliknya..ajaklah pembangkang duduk semeja dan hormatilah pandang pembangkang...mungkin pendapat mereka lebih releven dan bernas berbanding kabinet kerajaan..

sekian..wassalam



HAFIZAINI